Kanak-kanak lima tahun maut tertinggal dalam kereta

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Laman Harian Metro melaporkan seorang kanak-kanak berusia lima tahun meninggal dunia selepas ditinggalkan oleh ibunya secara tidak sengaja dalam sebuah kereta jenis Perodua Axia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.01 malam.

Hasil siasatan mendapati mangsa ditinggalkan dalam kereta yang diparkir berdekatan pintu belakang Hospital Shah Alam selepas mangsa diambil dari sebuah taska kira-kira jam 2 petang.

"Semasa ditinggalkan, mangsa dalam keadaan tertidur dan enjin kereta dimatikan. Ibu kanak-kanak itu yang berusia 34 tahun yang juga kakitangan hospital hanya menyedari kejadian terbabit selepas dihubungi suaminya, pada 6 petang.

"Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam, dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat dijalankan pada 2 petang semalam dan mendapati tidak ada sebarang kecederaan luaran mahupun dalaman.

Mohd Iqbal berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika…
Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Domestik
Cukai baharu itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan…