Motorhome berharga RM2.8 juta ini siap ada garaj, boleh bawa Miata pergi bercuti!

oleh Mohamad Hanif|
Kebanyakan motorhome mewah yang sarat dengan bermacam kemudahan yang selesa mempunyai satu kekurangan - saiz yang agak besar dan adakalanya sukar untuk dipandu terutama di kawasan yang sibuk dan sempit.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah tersebut menerusi model Liner 1090 GIO yang dibina menggunakan casis Mercedes-Benz.
 

merc


Motorhome tersebut nampaknya mempunyai sebuah garaj kecil di bahagian belakang yang mampu memuatkan sebuah kereta bersaiz kecil.

Menurut Concorde, garaj tersebut hanya memuatkan kereta bersaiz tidak melebihi 4.3 meter, tinggi 1.36 meter, dan berat kurang daripada 1,400 kg, seperti contoh sebuah Mazda MX-5 Miata generasi ND.
 

motorhome


Untuk menggerakkan motorhome seberat 12 tan yang lengkap dengan garaj muatan kereta di belakang, ia dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 7.7 liter yang mampu menghasilkan 299 hp dan 1,200 Nm.

Biarpun mempunyai garaj di belakang, motorhome tersebut masih lagi mampu memuatkan ruang tidur besar dengan katil saiz queen, bilik mandi, tandas duduk, peti sejuk, ruang memasak, ruang storan yang mencukupi serta dapur berbentuk U.
 

motorhome


Di bahagian ruang tamu pula menempatkan dua kerusi bangku melengkung, meja makan di bahagian tengah, serta dua kerusi kapten yang boleh berpusing ke belakang.

Harga untuk sebuah motorhome Liner 1090 GIO daripada Concorde ini bermula dari 542,000 euro (RM2,751,529).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…
Berita Global
Disebabkan itu, Land Cruiser 70 Series masih lagi setia dihasilkan sehingga kini, walaupun ia sudah…