JMS 2023: Honda MEV-VAN Concept diperlihat dengan teknologi bateri mudah alih

oleh Mohamad Hanif|
Honda dilapor bakal menguji kenderaan komersial ringan elektrik MEV-Van Concept yang dilengkapi dengan teknologi bateri mudah ganti bermula November 2023, menerusi kerjasama dengan Yamato Transport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti N-Van e: yang telah diperlihatkan sebelum ini, MEV-VAN juga datang dengan sistem trenkuasa elektrik sepenuh masa.
 

mev-van


Namun begitu, tidak seperti N-Van e: yang boleh dicas seperti EV biasa, setiap satu MEV-VAN itu akan dilengkapi dengan lapan unit bateri mudah alih Mobile Power Pack e: yang diletakkan di bahagian lantai kenderaan.

Menurut Honda, penggunaan pek bateri tersebut dikatakan mampu untuk mengurangkan tempoh menunggu sewaktu pengecasan, dan mengurangkan penggunaan kuasa pada waktu puncak.
 

mev-van


Honda akan bekerjasama dengan syarikat penghantaran barangan terbesar Jepun Yamato Group, di mana syarikat itu merancang untuk mendapatkan 20,000 EV dan memasang tenaga solar untuk mencapai sasaran sifar emisi gas rumah hijau menjelang 2050.

Selepas acara Japan Mobility Show 2023 menutup tirainya pada bulan depan, ujian penggunaan akan dibuat di Gunma Prefecture untuk memastikan setiap aspek seperti prestasi, jarak gerak, dan ketahanan bateri yang bersesuaian untuk kegunaan komersial.

Baca: Honda N-Van e: 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Honda N-VAN e: 2024 mampu bergerak sejauh 210 km (datal WLTC…
Berita Global
N-VAN sudah pun ditawarkan di Jepun sebelum ini dan walaupun ditukar kepada EV masih mengekalkan…