Senarai barangan itu merangkumi belon, pesawat layar, pesawat beserta alat ganti, payung terjun, kelengkapan yang digunakan untuk latihan penerbangan, dron serta alat gantinya, peralatan optik untuk tujuan penggambaran udara dan bawah laut, kompas serta peralatan navigasi.
Selain daripada itu, kerajaan Jepun turut melarang eksport produk keluli dan aluminium, dandang, penjana kuasa, gentian optik, basikal kanak-kanak serta barangan permainan.
Difahamkan, larangan eksport tersebut akan berkuatkuasa pada 7 April ini.
Jepun mengesahkan pendiriannya terhadap konflik Rusia-Ukraine dengan mengekalkan sekatannya terhadap Moscow.
Tahun lepas, Jepun telah membatalkan status perdagangan "negara yang paling digemari" Rusia dan ia akan kekal berkuat kuasa untuk tempoh satu tahun lagi, menurut Kyodo News.
Sumber: Bernama, Republic World