Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi oleh pesaing dari Amerika Syarikat (AS) Tesla dan peneraju dari China, BYD termasuk dalam pasaran kereta terbesar dunia, China.
Nissan menjangkakan kereta berkuasa bateri sepenuhnya akan menyumbang kira-kira satu perlima daripada jualan globalnya pada masa itu dan kereta yang menggunakan sistem kuasa hibrid menyumbang satu perlima lagi, manakala kereta yang hanya mempunyai enjin pembakaran dalaman akan merangkumi baki 60 peratus.
Pengeluar kereta Jepun itu kini menyasarkan untuk memiliki EV, termasuk hibrid, membentuk 60 peratus daripada jualan global menjelang akhir dekad ini, meningkat daripada sasaran 55 peratus yang dikeluarkan pada Februari 2023.
Berdepan dengan persaingan sengit, Nissan dan pesaing domestik, Honda Motor bulan ini berkata mereka akan mempertimbangkan perkongsian strategik untuk bekerjasama dalam komponen utama untuk EV dan bidang-bidang lain.
Daripada 30 model baharu itu, 16 model akan dibekalkan elektrik, termasuk lapan kenderaan berkuasa bateri dan empat hibrid 'plug-in', katanya.
Nissan merancang untuk mengurangkan kos EV generasi akan datang sebanyak 30 peratus untuk menjadikannya setanding dengan model enjin pembakaran dalaman menjelang 2030.
Di AS dan Kanada, Nissan menjangka melancarkan tujuh model baharu dan merombak 78 peratus daripada barisan kenderaan penumpangnya untuk jenama Nissan serta melancarkan model hibrid e-kuasa dan 'plug-in'.
Pengeluar kereta itu juga merancang untuk melancarkan lapan kenderaan tenaga baharu di pasaran China, empat daripadanya akan menjadi model jenama Nissan, dan enam model baharu di Eropah.
Ia juga menyasarkan untuk melancarkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik tiga baris baharu pada penghujung tahun kewangan hingga Mac 2029 yang akan didatangkan dengan pengurangan 50 dalam masa pengecasan pantas dan 50 peratus kepadatan tenaga lebih tinggi berbanding model Ariya.
Nissan akan meneroka perkongsian baharu di AS dan Jepun, selain terus memanfaatkan pakatannya yang telah lama terjalin dengan Renault dan Mitsubishi Motors di Eropah serta kawasan lain seperti India dan Amerika Latin, katanya.
Sumber bulan ini berkata bahawa Nissan sedang dalam perbincangan lanjut untuk melabur dalam pembuat EV, Fisker supaya ia boleh menggunakan platform trak.
- Ini adalah syarikat Nissan di luar negara, bukan Nissan di sini, sebab disini cuma pengedarnya sahaja iaitu Edaran Tan Choong Motor -