Dari generasi pertama Jazz yang kompak dan bersegi kepada model sekarang, sudah nampak perubahan dari segi rekabentuk yang semakin "membesar".
Model dari gambar risikan ini menunjukan proses tumbesaran itu semakin nyata dan nampak makin kurang sporty.
Namun begitu, lampu hadapan menjanjikan permainan LED yang lebih garang dari jenama H ini.
Berita-berita tidak rasmi yang diterima dari Jepun kuat mengatakan Jazz akan muncul dengan enjin tiga-silinder 1.0L turbo dan sebuah varian hibrid.
Kongsikan pendapat anda tentang bentuk Jazz baharu ini.
* Berita asal dari Motor1.com