Honda Jazz e:HEV facelift diperkenal di UK, lebih berkuasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Jazz Sport 2023
Honda Jazz Sport 2023
Pada Oktober 2022 Honda memperkenalkan Fit rupa baharu (facelift) di Jepun dan kini tiba giliran United Kingdom (UK) pula.

Di UK Fit dikenali sebagai Jazz dan tidak seperti Jepun, hanya varian hibrid atau e:HEV ditawarkan sejak awal pengenalannya lagi.

Untuk model rupa baharu, rangkaian kuasa e:HEV lebih berkuasa dan Honda UK memperkenalkan varian baharu yang dikenali sebagai Advance Sport.

Dari segi kosmetik, Jazz Elegance dan Advance dilengkapi gril, bampar depan dan belakang rekaan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Jazz Crosstar 2023 UK
Honda Jazz Crosstar 2023

 

Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut menukar warna rim aloi Jazz Advance.

Jazz Crosstar yang tampil ala kenderaan utiliti sukan (SUV) mini menerima gril dengan corak sarang lebah yang lebih menonjol dan rim aloi dalam warna baharu.

Bahagian tengah bampar depan varian ini mempunyai riasan baharu berwarna perak ala skid plate dan diseragamkan dengan skirt sisi sama warna.

Honda turut memperkenalkan warna badan baharu iaitu biru Fjord Mist.

 

Honda Jazz Crosstar 2023
Honda Jazz Crosstar 2023

 

Pada bahagian dalam, Jazz Elegance dan Advance didatangkan dengan warna, bahan dan pilihan kemasan baharu.

Jazz Crosstar menerima balutan kerusi baharu dan juga kemasan baharu pada papan pemuka, panel pintu dan konsol tengah.

Selain perincian tersebut, Honda UK memperkenalkan varian baharu Advance Sport yang hadir dengan warna eksklusif Urban Grey.

Varian itu nampak mirip Fit RS pasaran Jepun dengan gril berjaring dan bampar lebih sporti.

 

Honda Jazz Sport 2023
Honda Jazz Sport 2023

 

Komponen lain seperti cermin sisi hitam dan roda aloi 16 inci juga sama seperti Fit RS.

Pada bahagian dalam, Jazz Advance Sport tampil dengan aura sporti premium dengan kerusi menggunakan balutan suede sintetik warna hitam dan kulit sintetik warna kelabu.

Berbeza dengan varian lain yang menggunakan stereng dua rongga dan nampak klasik, Jazz Advance Sport dipasang stereng tiga rongga dan lebih sporti.

Panel pintu dan perehat tangan dibezakan dengan sulaman warna kuning.

 

Honda Jazz Sport 2023
Honda Jazz Sport 2023

 

Seperti yang dikatakan di awal artikel, rangkaian kuasa e:HEV kini lebih berkuasa.

Output motor elektrik meningkat kepada 10 kilowatt (kW) (14 PS) dan secara keseluruhannya bertambah kepada 90 kW (122 PS).

Kuasa motor penjana (generator) pula meningkat sebanyak 8 kW kepada 78 kW (106 PS) secara keseluruhan.

Enjin 1.5 liter kini menghasilkan 79 kW (107 PS) atau pertambahan 7 kW berbanding dahulu manakala daya kilas kekal pada 131 Nm.

 

Honda Jazz Sport 2023
Honda Jazz Sport 2023

 

Selain perkakasan hibrid dan enjin, transmisi automatik turut diberi perhatian untuk meningkatkan kelancaran dan pemanduan.

Jazz Crosstar, Elegance dan Advance mempunyai respon pecutan baharu bagi meningkatkan rasa sensori manakala Advance Sport dengan karakter yang lebih berbeza.

Pemetaan pedal pendikit telah ditala semula bagi meningkatkan kuasa pemanduan dan karakteristik respon.

 

Honda Jazz Crosstar 2023 UK
Honda Jazz Crosstar 2023

 

Selain itu, kawalan tukaran linear diberi tetapan baharu untuk tukaran gear dibuat lebih tinggi atau pada 6,300 rpm.

Ada lagi yang dibuat, suspensi Advance Sport berbeza dengan kadar kekenyalan gegelung depan dikurangkan sebanyak lapan peratus dan belakang dinaikkan kepada 20 peratus.

Perubahan tersebut mengurangkan daya longitud untuk pemanduan yang lebih dinamik dan berfokus.

Penyerap hentak juga lebih tegar bagi meningkatkan cengkaman dan kelajuan di selekoh.

 

Honda Jazz Crosstar 2023
Honda Jazz Crosstar 2023

 

Selain karakter lebih sporti, Jazz rupa baharu mempunyai keupayaan tunda sehingga 500 kilogram (kg) dan boleh digunakan untuk menarik treler kecil atau pengangkut motosikal.

Peningkatan itu dibuat susulan maklum balas pengguna dan bermakna Jazz digunakan untuk pelbagai tujuan di Eropah.

Dari segi keselamatan, sistem Honda SENSING mempunyai kamera dengan definisi lebih tinggi untuk pengesanan  lebih efektif seperti bahu jalan tanpa bendul atau garis bahu jalan.

Satu yang menarik, kesemua varian Jazz dilengkapi sepuluh beg udara sebagai ciri standard.

 

Honda Jazz 2023

 

Honda Jazz dan Jazz Crosstar akan mula dijual di Eropah pada awal 2023. 

Sekadar perkongsian, selepas secara konsisten ditawarkan sejak generasi pertama, Jazz baharu tidak ditawarkan di negara kita buat kali pertama.

Seperti biasa, pengguna masih boleh memilikinya melalui pengimport bebas namun pada harga yang 'keras'.

Penulis: Muhammad Md Tajudin