Jaguar Land Rover Malaysia tawar rebat tunai sehingga RM100,000!

oleh Muhamad Hanif|
Selaras dengan penetapan terbaharu sifar peratus GST yang diumumkan oleh kerajaan, Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) turut sama mengemaskini senarai harga jualan model Jaguar dan Land Rover bagi pasaran Malaysia.
Promosi Duit Raya

Disamping itu, JLRM juga turut mengadakan promosi sempena musim  perayaan ini dengan memberikan rebat tunai bagi setiap pembelian model yang terpilih, bermula dari 11 April sehingga 30 Jun 2018.

Setiap pembelian model Jaguar Land Rover didatangkan dengan program Jaguar Land Rover Care termasuklah lima tahun jaminan waranti atau 150,000 km jarak perbatuan yang mana terdahulu.
 


Bagi pembelian model Defender, program ini memberikan pilihan 

  • lima tahun servis berkala atau 65,000 km
  • tiga tahun servis berkala atau 60,000 km dan tiga tahun bantuan tepi jalan

Kesemua pilihan di atas adalah tertakluk kepada yang mana terdahulu. 


Berikut merupakan kemaskini senarai harga jualan model Jaguar dan Land Rover beserta promosi musim perayaan bagi setiap model. 

Jaguar Harga + 6% GST Harga + 0% GST Promosi Raya
XE Prestige RM340,000 RM320,754.72 RM26,000 rebat tunai + RM3,000 baucer aksesori
XE R-Sport RM365,000 RM344,339.62 SDA
XF Prestige RM450,000 RM424,528.30 RM80,000 rebat tunai + RM3,000 baucer aksesori
XF R-Sport RM460,000 RM433,962.26 SDA
XJ LWB RM698,000 RM658,490.57 RM10,000 rebat tunai + RM3,000 baucer aksesori
F-Pace Prestige RM425,800 RM401,698.11 NIL
F-Pace R-Sport  RM476,000 RM449,056.60 RM3,000 baucer aksesori
F-Pace R-Sport (High Spec) RM498,800 RM470,566.04 RM3,000 baucer aksesori

 

Land Rover Harga + 6% GST Harga + 0% GST Promosi Raya
Defender - Commemorative Edition RM198,800 RM187,547.17 NIL
Discovery Sport 2.0L RM420,000 RM396,226.42 RM60,000 rebat tunai + RM3,000 baucer aksesori
Discovery Diesel 3.0L RM729,800 RM688,490.57 RM5,000 baucer aksesori
Range Rover Evoque RM430,000 RM405,660.38 RM60,000 rebat tunai + RM3,000 baucer aksesori
Range Rover Velar RM529,800 RM499,811.32 NIL
Range Rover Velar R Dynamic RM588,800 RM555,471,70 RM3,000 baucer aksesori
Range Rover Sport Diesel 3.0L RM875,000 RM825,471.70 RM100,000 rebat tunai + RM6,000 baucer aksesori

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dikuasakan oleh enjin P250 Ingenium yang berupaya melepaskan 250 kuasa kuda dan 365 Nm kuasa tork,…
Model Terbaharu
Jaguar Land Rover telah melancarkan model Ranger Rover Sport yang diperbaiki (Facelift) dan…