'Baby Defender' muncul tahun 2027, platform EMA, trenkuasa elektrik!

oleh Mohamad Hanif|
Land Rover dijangka akan tampil dengan sebuah lagi model Defender bersaiz lebih kecil berkuasa elektrik sepenuhnya pada masa akan datang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform Electric Modular Architecture (EMA) JLR, dan dijangka tiba pada tahun 2027.

Selain daripada baby Defender, tiga model lagi yang bakal dibina menggunakan pelantar EMA termasuklah model Range Rover Evoque, Range Rover Velar dan Land Rover Discovery Sport generasi baharu.
 

defender


Model Defender yang lebih kecil itu (berkemungkinan besar dinamakan sebagai Defender Sport) tidak berperanan sebagai pengganti kepada model Defender sedia ada.

Difahamkan, generasi baharu Defender dijangka akan muncul pada tahun 2026, di mana SUV off-road tersebut akan dibina berdasarkan platform Modular Longitudinal Architecture (MLA).

Dengan adanya platform MLA yang turut menyokong penggunaan trenkuasa hibrid dan elektrik ini, kita juga boleh menjangkakan ketibaan model Defender EV kelak.

Baca: Ura-ura - Land Rover Defender bakal hasilkan baby Defender

Sumber: Autocar