Jaguar Land Rover bakal lancar Range Rover Velar

oleh Mohamad Hanif|
Umum mungkin telah mengetahui bahawa Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) bakal melancarkan Range Rover Velar pada bulan ini.

Pelancaran yang masih tidak diketahui tarikhnya itu bagaimanapun tidak menghalang pihak JLRM melepaskan serba sedikit info acah mengenai model terbaru itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dikuasakan oleh enjin P250 Ingenium yang berupaya melepaskan 250 kuasa kuda dan 365 Nm kuasa tork, kuasa tersebut disalurkan ke empat-empat roda menerusi transmisi automatik ZF dengan nisbah lapan kelajuan.

Dengan ciri Intelligent Driveline Dynamics, Velar menawarkan kuasa dan prestasi yang sepadan dengan keupayaan merentasi pelbagai keadaan muka bumi yang tidak ada pada SUV bersaiz sederhana sekelasnya. 

 

 

Velar menggunakan casis monocoque aluminium yang direka menerusi Lightweight Aluminium Architecture yang dimiliki oleh JLR. Penggunaan hampir 81% bahan binaan aluminium menjadikan casis Velar ringan dan teguh dalam masa yang sama. 

Dari segi pengendalian dan keselesaan, Velar menggunakan sistem gantungan jenis double wishbone di hadapan dan Integral Link di bahagian belakang yang mana ia menawarkan pengendalian yang cemerlang, keselesaan pemanduan di samping memberikan perlindungan yang cemerlang daripada sebarang pelanggaran.

Velar juga tidak lokek dari aspek keselamatan apabila menawarkan enam buah beg udara serta ciri-ciri tambahan seperti brek kecemasan automatik dengan sistem pengesan pejalan kaki serta cruise control dengan ciri pengehad kelajuan. 

 
 
 
Antara ciri-ciri unik yang ada pada Velar termasuklah rekaan pemegang pintu yang boleh disembunyikan di dalam pintu kereta. Tidak terhad pada ciri itu, bahagian kabin Velar menampilkan sistem Touch Duo Pro dengan dua buah skrin sentuh berdefinisi tinggi bersaiz 10 inci turut menyerlahkan lagi imej futuristik yang ada pada Velar.
 
Pihak JLRM tidak menyatakan sebarang tarikh khusus mengenai pelancaran Range Rover Velar ini. Namun, orang ramai boleh menyatakan minat mereka menerusi laman web www.landrover.com.my/keep-me-informed.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…