Hyundai-Kia mungkin tamat kontrak Albert Biermann, Peter Schreyer - laporan

oleh Mohamad Hanif|
Nasib presiden divisyen R&D Hyundai-Kia, Albert Biermann bersama presiden dan ketua pengurusan rekaan di Hyundai, Peter Schreyer mungkin berada di hujung tanduk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana menurut laporan terbaharu daripada Korea Times yang memetik sumber enggan dikenali, syarikat automotif Korea Selatan tersebut kini sedang meneroka kemungkinan untuk menjadi sebuah syarikat pembekal mobiliti, bukan sekadar pengeluar automotif.

Sebahagian daripada pelan perubahan tersebut menyaksikan pengerusinya, Chung Euisun mungkin akan menggantikan peranan eksekutif-eksekutif warga asing.

Hal ini dibuktikan menerusi rombakan yang dibuat pada Oktober tahun lalu, pengerusi itu menamakan beberapa orang eksekutif yang dipercayainya, termasuk CEO Hyundai Motors, Chang Jae-hoon.

Jika berita ini benar, ia merupakan satu kerugian yang besar buat jenama Korea Selatan itu, memandangkan kedua-dua nama besar itu diiktiraf sebagai individu yang berjaya meningkatkan reputasi jenama Hyundai dan Kia di peringkat global.

Peter Schreyer yang sebelum ini bekerja sebagai pereka di Audi dan Volkswagen merupakan insan yang bertanggungjawab terhadap perubahan rekaan estetik Kia, termasuklah identiti hidung harimau.

Sementara Biermann pula sebelum ini merupakan ketua divisyen BMW M bertanggungjawab terhadap kenderaan-kenderaan Hyundai N.

Sumber: Korea Times

Berita Berkenaan

Berita Global
  Beliau mengetuai kaedah pembangunan produk yang diterajui oleh reka bentuk (design led) Kia…
Berita Global
Dalam satu laporan terkini daripada Business Korea, Hyundai dikhabarkan menutup secara rasmi pusat…
Berita Global
Ini bermakna, Luc bakal memantau keseluruhan operasi unit rekaan bagi kenderaan jenama Hyundai, Kia…