Hyundai buka tempahan Ioniq 5, pelancaran dalam masa terdekat?

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Malaysia giat membawa masuk model-model terbaharu untuk pasaran Malaysia, dan tidak ketinggalan penawaran model kenderaan elektrik yang dimulakan oleh Kona EV.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Terbaharu, Hyundai dilaporkan telah pun membuka tempahan bagi model EV Hyundai Ioniq 5 berdasarkan informasi yang diperoleh daripada poster rasmi pengedar Hyundai Sing Kwung Premium.

Menurut rakan media Paultan, besar kemungkinan Hyundai Ioniq 5 bakal dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac ini.
 

Ioniq 5


Menurut sumber itu lagi, Ioniq 5 bakal ditawarkan dalam dua opsyen bateri, iaitu 58 kWh dan versi 72.6 kWh yang boleh dipadankan dengan motor elektrik tunggal (215 hp/350 Nm) atau motor elektrik berkembar (302 hp/605 Nm).

Versi tertinggi Ioniq 5 bakal membawakan ciri seperti pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.2 saat, kelajuan tertinggi 185 km/j dan jarak pemanduan sejauh 430 km mengikut data WLTP.

Perincian penuh berkenaan EV terbaharu ini bakal diketahui dalam masa terdekat.

Baca: Hyundai Ioniq 5
Baca: Hyundai Ioniq 5 milik Sultan Johor

Sumber: Paultan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam satu video acah yang dimuatnaik di laman media sosial Facebook, Hyundai bakal membawakan…
Pelancaran
Disifatkan sebagai SUV B-segmen yang paling berkuasa, kedua-dua model Kona  ini dikuasakan oleh…
Berita Domestik
Hal ini kemudian diperkuatkan lagi dengan teaser yang diterbitkan oleh Hyundai Malaysia (terima…