Honda ADV 160 rasmi di pasaran Malaysia, harga dari RM12,999

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Bertempat di Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 10 Januari, Boon Siew Honda telah melancarkan sebuah skuter adventure baharunya iaitu ADV 160 bagi merancakkan saingan dalam segmen skuter pengembaraan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara ciri utama yang didatangkan pada Honda ADV 160 itu ialah naik taraf enjin baharu dengan sesaran 156.9 cc eSP+ menghasilkan kuasa sehingga 15.8 HP dan 14.7 Nm, berbanding ADV 150 yang dikuasakan enjin 149.3 cc menghasilkan 14.6 HP dan 13.9 Nm.

 

2

 

ADV 160 didatangkan dengan teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan kuasa dan cengkaman yang terbaik. Kebiasaannya fungsi ini hanya boleh dilihat pada motosikal 250 cc keatas.

Walaupun gayanya kelihatan sama seperti ADV 150, namun ADV 160 itu didatangkan dengan reka bentuk badan serba baharu dan sedikit perubahan pada casis.

 

3

 

Ketinggian tempat duduk juga kini lebih rendah dengan 780 mm berbanding 795 mm pada ADV 150, Meter juga kini didatangkan dengan paparan LED penuh berwarna.

ADV 160 juga ditambahkan dengan pengecas USB 5V 2.1A di dalam kotak konsol, dan juga ruang utiliti 30 liter iaitu lebih 2 liter berbanding ADV 150 di bawah tempat duduk.

 

4

 

Antara perubahan besar reka bentuknya ialah coverset pada bahagian lampu depan, bahagian tepi, bahagian bawah serta pelindung ekzos dan cermin depan yang dilaras dengan lebih tinggi.

Selain semua penambahan reka bentuk baharu itu, Honda ADV 160 masih mengekalkan set lampu depan serta set roda depan 14 inci dan roda belakang 13 inci yang sama seperti ADV 150.

 

5

 

ADV 160 masih dilengkapi sistem brek ABS pada bahagian hadapan serta sistem Idling Stop System (ISS) untuk mengekalkan kecekapan penggunaan bahan apinya serta Sistem Kunci Pintar yang dilengkapi penggera.

Harga bagi Honda ADV 160 bermula dari RM12,999, pilihan warna pula ditawarkan dengan 2 corak iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Penawaran warna Force Silver itu menjadi tambahan kepada dua warna sedia ada, iaitu Mat Charcoal…
Model Terbaharu
Menurut Honda US, naik taraf sesaran baharu, iaitu enjin 156.9 cc itu kini membolehkan ADV 160…
Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…