Honda ADV 160 kini datang dengan warna Force Silver

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah diperkenalkan awal tahun ini, Boon Siew Honda Sdn Bhd mengumumkan kemas kini warna baharu Force Silver untuk Honda ADV 160.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penawaran warna Force Silver itu menjadi tambahan kepada dua warna sedia ada, iaitu Mat Charcoal Gray Metallic dan Vivacity Red.

2

Tiada perubahan dari segi spesifikasi, ADV 160 dikuasakan enjin bersesaran 156.9 cc eSP+ menghasilkan kuasa sehingga 15.8 HP dan 14.7 Nm.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk kawalan kuasa dan cengkaman yang terbaik.

3

Penawaran harga juga masih dikekalkan pada RM12,999, dan ADV 160 dengan warna baharu itu boleh dibeli di semua pengedar sah Honda bermula 7 November.

 

Baca: Honda ADV 160 rasmi di pasaran Malaysia

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menurut Honda US, naik taraf sesaran baharu, iaitu enjin 156.9 cc itu kini membolehkan ADV 160…
Berita Domestik
Selepas kehadiran model 250 cc itu, Aveta Malaysia dilihat bakal melancarkan sebuah skuter kembara…
Pelancaran Motosikal
Antara ciri utama yang didatangkan pada Honda ADV 160 itu ialah naik taraf enjin baharu dengan…