Hennessey VelociRaptoR 1000 – trak pikap dengan kuasa setinggi 1,013 hp, 1,152 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Golongan pemilik trak pikap yang gilakan kuasa kuda boleh mendapatkan trak pikap VelociRaptoR 1000 yang dihasilkan oleh penala terkemuka Hennessey.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada Ford F-150 Raptor R, trak super ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,013 hp dan daya kilas 1,152 Nm, atau peningkatan sebanyak 40 peratus berbanding output standard 700 hp/866 Nm.
 

VelociRaptoR


Rahsianya?

Hennessey menggunakan unit supercharger 3.8 liter menggantikan komponen pengecas lampau asal Eaton TVS R2650, diikuti pemancit bahan api yang lebih besar, salur bahan api yang dinaiktaraf serta tali sawat baharu.

 

Velociraptor


Setiap VelociRaptoR 1000 ini didatangkan dengan rim Hennessey bersaiz 20 inci yang dibaluti tayar bersaiz 37 inci, bar lampu LED depan yang unik, bampar VelociRaptor, serta plak nombor bersiri.

Bahagian luaran trak ini dihiasi dengan rekaan grafik yang mampu memberikan amaran keras kepada trak-trak di luar sana.

 

Velociraptor


Hennessey hanya akan memulakan produksi VelociRaptoR 1000 ini pada tahun 2023, dan pelanggan boleh mendapatkan unit masing-masing menerusi Hennessey secara terus, atau melalui pengedar Ford yang mengambil bahagian.

Tiada sebarang tanda harga diumumkan buat masa ini. Yang pasti, dengan peningkatan kuasa kuda dan rupa paras yang lebih agresif, kosnya tidak semurah yang disangka.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari segi prestasi, VelociRaptor 400 Bronco mampu memecut dari 0 km/j hingga 97 km/j dalam masa…
Berita Global
Mengambil inspirasi daripada Ford GT Heritage Edition, Ford Mustang itu hanya ditawarkan dalam 19…
Berita Global
Hennessey sememangnya sudah ada satu supercar sebelum ini, Hennessey Venom GT (gambar di bawah)…