Helmet dipakai waktu Niki Lauda kemalangan dibuka untuk jualan?

oleh Firdaus Razani|
Dalam memperingati ulang tahun ke-30 tahun kehilangan juara dunia dan lagenda ikonik Formula 1, Ayrton Senna pada awal bulan ini.

Berita yang berkait rapat dengan F1 juga, iaitu topi keledar milik Niki Lauda yang digunakan dalam perlumbaan yang menjadi salah satu tragedi sukan iaitu Grand Prix Jerman 1976 di Nurburgring.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Topi keledar tersebut dikhabarkan bakal dilelong di Bonhams Cars Miami.

 

niki

 

Sejarah disebalik helmet tersebut adalah, ia dibuat oleh pengeluar topi keledar Itali AGV, topi keledar dicat merah itu dipakai oleh Lauda semasa perlumbaannya di Nurburgring pada Ogos 1976.

Berikutan kebimbangan keselamatan sebelum perlumbaan tentang kekurangan marshaling di sepanjang laluan litar yang sepanjang 14.19 batu (22.8KM).

niki

 

Lauda tetap memulakan perlumbaan dengan keadaan permukaan litar yang lembap dan melakukan satu pusingan sebelum bertukar daripada tayar hujan kepada kering, kemudian terbabas pada pusingan kedua.

 

niki

 

Kemalangan itu telah menyebabkan keretanya terbakar serta-merta dan beliau bernasib baik sempat diselamatkan oleh Arturo Merzario dan Brett Lunger.

Tidak menunggu lama, enam minggu selepas kemalangan yang telah melecurkan sebahagian wajah dan hampir meragut nyawanya, beliau kembali untuk berlumba dalam jentera Ferrari 312T2 di GP Monza, Itali.

 

niki

 

Logo sukan daripada penajanya Goodyear dan Romerquelle, Helmet Grand Prix Jerman Lauda telah dipelihara dengan kerosakan haba akibat kemalangan kebakran itu.

Visor berwarna serta bahagian atas penutup menunjukkan tanda-tanda meledingkan yang meluas, apatah lagi serpihan cat dan calar akibat hentaman udara terbuka.

 

niki

 

Bonhams menganggarkan bahawa topi keledar itu akan berharga sekitar $50,000 hingga $60,000.

Bidaan akan dibuka dan topi keledar akan dijual tanpa rizab serta sebahagian daripada hasil juga akan didermakan kepada UNICEF.

 

SUMBER : Road and Track

Berita Berkenaan

Berita Global
T.50s Niki Lauda ini hanya dihasilkan dalam 25 unit sahaja, dan ia bakal diproduksikan setelah 100…
Sukan Bermotor
Lagenda Formula One, Niki Lauda dilapokan meninggal dunia akibat masalah buah pinggang dan berita…