Kajian tersebut mendapati majoriti responden warga Britain mahu tabiat parkir di atas persiar kaki diharamkan di seluruh United Kingdom.
Lebih daripada separuh responden atau 52 peratus bersetuju supaya tabiat itu diharamkan berbanding 44 peratus dua tahun lalu.
Setakat ini parkir di atas pesiar kaki hanya diharamkan di London dan bakal diikuti di Scotland.
Bagaimanapun banyak tempat di UK mempunyai undang-undang yang tidak jelas mengenainya.
Dikhabarkan kerajaan di sana sedang meneliti isu ini termasuk mengadakan konsultasi bagi menyelesaikannya sama sekali.
Apa yang akan terjadi apabila tabiat itu diharamkan di seluruh UK?
Jutaan pemandu akan terjejas berdasarkan kajian terbaru yang menunjukkan ia adalah tabiat lebih daripada satu dalam tiga pemandu.
Tambahan pula, lebih daripada satu dalam 20 pemandu melakukannya sebagai amalan harian. Sebab paling popular ialah supaya kenderaan yang diparkir tidak menghalang jalan raya.
Jika pemandu tidak naik ke atas pesiar kaki, kenderaan akan memakan ruang jalan raya dan mengakibatkan masalah lain.
Seperti yang dikatakan di awal artikel, tabiat tersebut akan menyusahkan pula pejalan kaki.
Tidak hanya di UK, masalah seperti ini turut dihadapi di negara kita. Lebih menyedihkan apabila kenderaan diparkir di atas laluan khas untuk orang buta.
Penulis: Muhammad Md Tajudin