Harald Hoelzl, CEO baharu BMW Group Malaysia

oleh Afandi Che Muhamad|
BMW Group AG hari ini telah melantik Harald Hoelzl untuk memegang tanggungjawab sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu bagi BMW Group Malaysia bermula 1 Mac depan.
Kawasaki Legend Reborn

Hoelzl akan mengambil peranan tersebut daripada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif sekarang, Han Sang Yun yang bakal dilantik sebagai Presiden baharu bagi BMW Group Korea.

Hoelzl (gambar) memulakan kerjayanya dengan BMW Group pada tahun 2002 serta telah berkhidmat dalam pelbagai jabatan seperti Jualan, Pemasaran, Pembangunan Pengedar dan IT.

Dengan rekod kerjaya yang mengagumkan, BMW Group AG melantik beliau sebagai Ketua Pemasaran BMW Group Central South Eastern Europe pada tahun 2011 sebelum mengetuai operasi BMW Group di Republik Czech. 

Sementara itu, Han Sang Yun akan dilantik sebagai Presiden BMW Group Korea berkuatkuasa 1 Mac 2018.

Beliau menggantikan Presiden sekarang, Dr. Hyojoon Kim yang akan memulakan tugas dan tanggungjawab sebagai Wakil Pengarah dan Pengerusi pengeluar kenderaan premium itu di sana. 

Memiliki pengalaman dalam industri automotif selama lebih 20 tahun di Korea, Han Sang Yun dilantik menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia pada Januari 2015.

Sepanjang bertugas di Malaysia, Han telah membantu pengeluar kenderaan premium ini mencatat prestasi pertumbuhan terbaik pada tahun 2017.

Beliau juga merupakan pemacu utama dalam mengembangkan portfolio kenderaan Plug-in Hybrid BMW Group Malaysia menjadi 55 peratus daripada jumlah keseluruhan penyerahan di negara ini sekali gus memacu strategi Visionary Mobility pengeluar kenderaan premium ini. 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat usahasama bernama Spotlight Automotive Ltd dengan 50 peratus saham yang dipegang oleh…
Berita Domestik
En. Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “…
Pelancaran
Menerusi program tersebut, BMW Malaysia bakal mengetengahkan pengalaman inovatif dan mewah untuk…