MINI Cooper EV 2024 - hatchback 3-pintu, jarak gerak sehingga 402 km

oleh Mohamad Hanif|
Para peminat EV (terutama MINI Cooper EV) kini boleh lupakan mimpi ngeri yang lalu dengan kehadiran model generasi baharu MINI Cooper EV 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MINI Cooper generasi baharu ini dibina berdasarkan platform Spotlight EV yang dibangunkan menerusi kerjasama BMW Group dan Great Wall Motor, di mana produksi model tersebut akan mengambil tempat di China pada tahun ini.

Terdapat dua versi yang ditawarkan, di mana versi asas MINI Cooper E menampilkan motor elektrik pacuan roda depan berkuasa 181 hp dan 290 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.
 

MINI


Pek bateri berkapasiti 40.7 kWh pula membolehkan jarak gerak sejauh 305 km dicapai mengikut data WLTP, diikuti dengan pengecasan pantas DC sehingga 75 kW.

Sementara versi Cooper SE pula mendapat kuasa 214 hp dan 330 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dipendekkan kepada 6.7 saat.

Tidak seperti Cooper E, MINI Cooper SE dipadankan dengan pek bateri yang lebih besar (54.2 kWh), dengan jarak gerak sejauh 402 km untuk sekali cas penuh, dan keupayaan pengecasan 95 kW yang lebih pantas.

Kedua-dua model turut menyokong pengecasan AC 11 kW.
 

MINI


Identiti rekaan MINI Cooper masih lagi dikekalkan di bahagian hadapan, dengan unit lampu LED berbentuk bulat dan struktur jeriji berbentuk oktagon.

Sementara di bahagian belakang pula terdapat unit lampu berbentuk segi tiga dengan paparan grafik seakan bendera Union Jack.

Dengan rupa paras yang agak minimalis, tidak menghairankan apabila MINI Cooper EV baharu ini boleh mencapai angka pekali seretan (Cd) serendah 0.28 sahaja.
 

MINI


Pendekatan yang minimalis turut diterapkan pada ruang dalaman, di mana bahagian tengah menampilkan skrin berbentuk bulat bersaiz 9.44 inci yang menggunakan MINI Operating System 9, selain fungsi seperti sambungan 5G, paparan yang boleh diubah, serta sistem navigasi yang lebih pantas.

Di bahagian bawah skrin itu terletaknya gugusan butang fungsi yang telah direka semula, termasuklah butang pandu mula, kawalan volum, serta punat penukaran gear PRND yang sangat kecil itu.
 

MINI


Dari segi praktikaliti, MINI Cooper EV menawarkan ruang sebesar 200 liter, atau boleh ditambah kepada 800 liter apabila tempat duduk baris kedua dilipat dengan nisbah 60:40.

MINI Cooper EV boleh disesuaikan dengan empat trim yang berbeza:

• Essential - tempat duduk sports berwarna hitam
• Classic - tempat duduk balutan tekstil 2D
• Favoured - corak houndstooth dua tona pada panel instrumen tekstil
• John Cooper Works - tempat duduk kombinasi kulit hitam dengan jahitan merah, serta tekstil rajutan pelbagai warna