GWM mahu lawan Honda Gold Wing dengan enjin motosikal Flat-8

oleh Danial Yasin Suhaimi|
GWM sebenarnya mahu dikenali sebagai syarikat kejuruteraan automotif, di mana fokus ialah lebih ke arah pembangunan teknologi modern.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Buktinya, ia adalah antara syarikat automotif pertama dari China yang hadir dengan enjin dan transmisi modern mereka sendiri.

Nampaknya, kecenderungan itu semakin meningkat apabila ia memperagakan hasil kejuruteraan terkini mereka, sebuah enjin motosikal "flat-eight" di mana lapan silinder dibaringkan.

 

2

 

Enjin konsep yang dinamakan Souo H8 dipamerkan di pameran AutoChina 2024 di mana Careta hadir untuk membuat laporan (video enjin ini ada di TikTok Careta).

Ini ialah konsep yang sama digunakan oleh enjin Honda Gold Wing, cuma Honda hanya mempunyai enam silinder dan berkapasiti 1,833 cc.

GWM pula mahukan enjin yang lebih berkuasa, dan dipercayai enjin flat eight ini akan mempunyai sesaran hampir kepada 2,000cc.

 

3

 

Selain dari itu, menambahkan lagi kadar kompleks enjin motosikal dari GWM ini ialah penggunakan DOHC (Double Overhead Cam) berbanding Gold Wing yang menggunakan SOHC (Single Overhead Cam).

Aturan itu sepatutnya menjanjikan hamburan tenaga yang lebih menarik pada kelajuan enjin yang tinggi, sementara saiz enjin yang besar itu pula mampu memberikan kadar daya tujah yang baik pada kelajuan enjin rendah.

GWM juga dikatakan sedang membangunkan sistem transmisi automatik seperti DCT yang digunakan oleh Honda untuk motosikal-motosikal Gold Wing baharu, Afrika Twin dan X-ADV 750.

 

4

 

Kelibat motosikal ala Honda Rune juga pernah kelihatan dalam laman media sosial pengerusi GWM, Wei Jianjun. Posting itu dimuat naik tahun lalu.

Tidak ada sebarang berita lagi akan motosikal dari GWM, atau kolaborasi dengan syarikat motosikal China untuk enjin baharu ini tetapi yang pasti, ia satu petanda besar untuk China bagi memasuki era motosikal modern global.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…