GWM ORA GOOD CAT BERJAYA RAIH 2 ANUGERAH DALAM EUROPEAN GREEN NCAP

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini, GWM ORA GOOD CAT telah dianugerahkan dengan markah tertinggi oleh Green NCAP, sebuah inisiatif ujian bebas yang mengukur kereta pada kecekapan dan kesan pada alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor ujian tersebut sebanyak 97 peratus.

ORA GOOD CAT kemudian diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Green NCAP 'Kereta Keluarga Kecil' dan 'Kereta Elektrik Penuh'.

oragoodcat

Pemilihan pemenang adalah diukur berdasarkan hasil pelepasan karbon, kecekapan penggunaan tenaga atau bahan api, jumlah pengeluaran gas rumah hijau langsung dan pelepasan yang berkaitan dengan pengeluaran dan bekalan bahan api.

Selain itu, Penilaian Kitaran Hayat Green NCAP (LCA) diukur secara berasingan sebagai sebahagian daripada ujian.

Oleh itu, ORA GOOD CAT berjaya meraih anugerah 'Pilihan Hijau' pada tahun 2023 kerana mempunyai kesan paling rendah terhadap iklim sepanjang kitaran hayat kenderaannya yang lengkap.

Pengurus Teknikal Green NCAP, Dr. Aleksandar Damyanov berkata dalam anugerah tersebut dengan harapan pemenang dapat memberi panduan tentang jenama yang akan membuat kemajuan ke arah mampan.

 

oragoodcat

 

Green NCAP turut memuji ORA GOOD CAT kerana “menggunakan reka bentuk aerodinamik dan kecekapan pengecasan yang tinggi, membantu meningkatkan penggunaan keseluruhannya dan mengurangkan kos untuk pengguna".

Pengarah Urusan tempatan GWM ORA, Toby Marshall turut gembira dengan keputusan yang dicapai oleh model ORA GOOD CAT dalam sebahagian ujian Green NCAP tersebut.

“Sebagai pemenang dua kategori utama, jelas sekali bahawa ORA GOOD CAT mempunyai kelayakan kemampanan dan kecekapan yang luar biasa, faktor yang akan bergema kuat dengan pengguna UK.”katanya.

GWM telah memasuki pasaran Eropah secara rasmi pada 2022 dengan kemasukkan model WEY Coffe 01 dan Coffe 02, dan memperoleh penarafan lima bintang Euro NCAP dan anugerah model tahunan.

 

oragoodcat

 

Pada tahun 2023, WEY Coffee 01 berjaya mencapai penarafan lima bintang ECAP dan Green NCAP, mendahului dalam subkategori masing-masing dan mempamerkan kedudukan utama rangkaian produk GWM.

Dengan pengiktirafan ORA GOOD CAT baru-baru ini oleh institusi profesional terkemuka Eropah, ia menekankan lagi masa depan yang terbaik untuk jenama itu.

Pada tahun 2024, GWM menyasarkan agar terus bersinar di pasaran global dan berharap untuk membawa lebih banyak model dan perkhidmatan yang lebih baik ke pasaran Malaysia.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
GWM ORA 07 didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu varian Long Range Ultra dengan pacuan roda…
Berita Domestik
Melalui perkongsian tersebut gambar tersebut menunjukkan bahawa sedan fastback elektrik itu…