Grab, SP Group umum kerjasama - bina stesen pengecasan pantas untuk operasi EV Grab di Singapura

oleh Mohamad Hanif|
Grab dan SP Group mengumumkan usahasama strategik melibatkan 200 buah kenderaan elektrik (EV) dengan ciri pengecasan pantas dan juga jaringan pusat pengecasan pantas milik SP di Singapura.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua 200 unit EV tersebut akan mula beroperasi bermula seawal 2019 dengan jangkaan penjimatan kos operasi kepada para pemandu dan pemerolehan pendapatan tambahan hampir 25% lebih banyak berbanding penggunakan kereta petrol dan 20% berbanding kenderaan hibrid. 

 

Pengumuman bersama Grab ini merupakan kerjasama pertama SP selepas mereka mengumumkan untuk membina rangkaian 500 buah pusat pengecasan pantas EV di Singapura terdiri daripada arus terus (DC) dan arus ulang alik (AC) menjelang 2020.

Menerusi kerjasama ini, Grab dan SP Group akan meneliti corak dan kadar penggunaan EV bagi menambah baik akses dan penggunaan setiap stesen pengecasan EV, dengan pelan susulan untuk menambah lagi beberapa pusat pengecasan berhampiran kedai kopi dan restoran tumpuan umum. 

Ini membolehkan para pemandu mengecas kenderaan mereka sambil beristirehat dengan mudah dan selesa. 
 


Menurut Lim Kell Jay, Ketua Operasi Grab Singapura menyebut ciri masa pengecasan yang pantas dan jarak operasi yang lebih jauh merupakan faktor utama pemilikan sesebuah EV bagi pemandu sebelum membuat keputusan untuk beralih kepada kenderaan EV. 

"Kami telah meneliti pilihan yang ada berdasarkan undian yang telah dijalankan, dan akan hadir dengan beberapa model EV untuk memenuhi keperluan para pemandu," ujar beliau lagi. 

"Grab kini berada di dalam posisi yang terbaik untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih mesra alam di Singapura dan kini sedang berusaha untuk menggalakkan lagi penggunaan EV dikalangan pemandu kami," Lim menambah. 

Ketika diminta mengulas perihal kerjasama Grab dan SP Group, salah seorang pemandu Grab, Jason Ryan berkata, "(kerjasama) ini memudahkan saya menjalani jadual kerja harian yang lebih fleksibel, membolehkan saya bekerja secara maksimum  di atas jalan, dan menambah pendapatan secara keseluruhan."
 


Kenderaan EV yang tidak diketahui model tersebut dikatakan bakal mempunyai jarak pengoperasian sejauh 400 km sekali cas, dan pemandu hanya perlu menghabiskan masa selama 40 minit purata dengan menggunakan stesen pengecasan pantas yang disediakan oleh SP Group. 

Kadar penggunaan stesen pengecasan tersebut hanya akan diketahui menjelang akhir tahun setelah SP Group selesai memasang 30 unit pertama stesen pengecasan pantas di Singapura. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Baru-baru ini, syarikat ride-hailing Bolt itu telah menyenaraikan di LinkedIn untuk jawatan…
Berita Domestik
Mereka menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penurunan kadar asas daripada RM5 kepada RM4.…
Berita Global
Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual…