Delivery Hero mahu jual pegangan dalam FoodPanda, Grab bakal ambil alih?

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Menurut laporan CNA, syarikat penghantar makanan Jerman, Delivery Hero mengesahkan bahawa mereka dalam perbincangan mengenai penjualan pegangan dalam FoodPanda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu kenyataan, syarikat yang berpangkalan di Berlin itu merancang untuk menjual perniagaannya di bawah jenama foodpanda di Singapura, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand.

Menurut FoodPanda juga, Delivery Hero telah mengesahkan rundingan dengan beberapa pihak mengenai potensi penjualan perniagaan jenamanya di pasaran Asia Tenggara terpilih.

Walau bagaimanapun, pihak Grab masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai pengambilalihan perniagaan tersebut dari syarikat Jerman itu.

Delivery Hero turut menyatakan bahawa rundingan masih diperingkat awal dan tertakluk kepada pelbagai perkara terbuka sama ada ini akan membawa kepada perjanjian muktamad.

Melihat kepada sejarah industri p-hailing di Malaysia, Grab sebelum ini juga telah mengambilalih operasi Uber Eats pada tahun 2018, dan jika spekulasi terbaharu itu benar, Grab nampaknya bakal mengukuhkan lagi kedudukannnya dalam industri.

 

Sumber: channelnewsasia