Di bawah perjanjian terbaharu ini, Goodyear akan memperoleh syarikat tayar terbesar di Amerika Syarikat, Cooper dan membolehkan Goodyear memperkembangkan lagi penawaran produk dengan menggandingkan kedua-dua portfolio jenama tersebut, terutama di dalam segmen trak tugas ringan dan SUV.
Di bawah gabungan dua syarikat itu, para pemegang kepentingan Goodyear akan memiliki kira-kira 84 peratus pegangan, sementara selebihya dipegang oleh pemegang saham Cooper.
Diasaskan pada tahun 1914, Cooper Tire merupakan syarikat pengeluar tayar kelima terbesar di Amerika Syarikat, dengan kekuatan 10,000 tenaga pekerja di 15 buah negara di seluruh dunia.
Cooper memiliki 10 buah fasiliti penghasilan di serata dunia, dan antara portfolio jenama tersebut termasuklah Cooper, Mastercraft, Roadmaster dan Mickey Thompson.