PROMOSI AIDILFITRI, BELI TAYAR GOODYEAR DAN MENANG HADIAH EKSKLUSIF

oleh Firdaus Razani|
Sempena menjelang Aidilfitri tahun ini, Goodyear Malaysia, bersedia untuk melengkapkan rakyat Malaysia dengan keyakinan perjalanan Balik Kampung dengan set tayar baharu untuk kenderaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mulai hari ini hingga 15 Mei 2024, pelanggan yang membeli empat biji tayar pengguna Goodyear berukuran 16” dan ke atas daripada mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian akan menerima Beg Laptop Goodyear secara percuma.

 

goodyear

 

Tawaran eksklusif tersebut adalah terhad dan tersedia sementara stok masih ada.

Tambahan itu, pelanggan tayar Goodyear juga berhak mendapat waranti komprehensif selama satu tahun jaminan iaitu Waranti Worry Free Assurance (WFA).

Waranti tersebut merupakan jaminan road hazard untuk melindungi pelanggan daripada kerosakan tayar akibat kerosakan atau keadaan jalan raya.

Pelanggan juga akan mendapat pemeriksaan keselamatan tayar secara percuma sebanyak dua kali dan jaminan lima tahun untuk sebarang ketidaksempurnaan pada tayar yang dibeli.

Untuk mengambil bahagian, pelanggan boleh mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut:

Langkah 1: Beli 4 biji tayar pengguna Goodyear berukuran 16” dan ke atas dari mana-mana kedai Goodyear yang mengambil bahagian.

Langkah 2: Dapatkan Beg Laptop Goodyear eksklusif daripada kedai yang mengambil bahagian, sementara stok masih ada.

Langkah 3: Daftarkan tayar anda untuk Waranti Worry Free Assurance (WFA) di https://www.goodyear.com.my/warranty/register-your-tyres.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari Laman Web Rasmi Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut pengumuman dari Nathaniel Madarang, Presiden untuk GoodYear Asia Pasifik, tindakan itu…
Informasi
Untuk itu, pemilihan tayar pastinya menjadi aspek penting untuk memastikan keselesaan dan…
Berita Domestik
Ianya selaras dengan komitmen berterusan Goodyear untuk berusaha dan berinovasi demi meningkatkan…