Ryan Patterson, Presiden Goodyear Asia Pasifik berkata, "Sebagai perintis dalam teknologi tayar, kami sentiasa mencabar diri kami untuk berinovasi dan membangunkan produk yang lebih baik untuk meningkatkan pengalaman pemanduan secara keseluruhan untuk pengguna dan pada tahun ini kami meraikan ulang tahun ke-120, yang menandakan satu kejayaan penting untuk Goodyear.
Kami yakin bahawa TripleMax 2 akan memberi keyakinan kepada pemandu memandu dalam keadaan jalan raya basah dan memberikan pengendalian prestasi yang lebih baik."
Ben Hoge, Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata, "Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-120 tahun ini yang menjadi tonggak penting bagi Goodyear, kami amat teruja untuk mengumumkan kedatangan TripleMax 2 yang direka untuk pemandu yang mementingkan brek yang lebih pantas dan pengalaman memandu yang lebih selamat, terutamanya di jalan-jalan basah semasa musim tengkujuh ini."
Goodyear Assurance TripleMax 2 kini boleh didapati di hampir 200 cawangan Goodyear Autocare sejak dari bulan November 2018 lagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tayar Assurance TripleMax 2, sila lawati
https://www.goodyear.com.my/tyres/goodyear-assurance-triplemax-2
Assurance TripleMax 2 baharu ini didatangkan dengan Teknologi HydroTred yang diperbaiki untuk prestasi yang lebih baik dalam bidang berikut:
• Peningkatan prestasi brek dalam keadaan basah: Dengan formulasi kompaun yang lebih inovatif, prestasi cengkaman dan brek yang lebih baik dalam keadaan jalan basah.
• Peningkatan prestasi pengendalian: Teknologi HydroTred yang baharu memberikan pengalaman memandu yang lebih baik terutama sekali semasa mengambil jalan yang berliku dan memberikan tindakbalas stereng yang tepat.
• Peningkatan keselesaan: Corak bunga tayar yang lebih berinovatif direka untuk meminimumkan kesan bunyi untuk sepanjang hayat tayar dan ini memberikan pemanduan yang lebih lancar dan lebih selesa.
• Prestasi Rintangan: Penambahan ciri-ciri teknikal pada bahagian sisi dinding, reka bentuk dan bahan pembuatan untuk meningkatkan daya tahanan terhadap kesan pada dinding tayar.
Harga untuk tayar Assurance TripleMax 2 bermula dari RM180 sehingga RM300 dan didatangkan dengan saiz-saiz seperti berikut:-