Perintah larangan tersebut dibuat memandangkan syarikat tersebut gagal untuk memenuhi syarat terhadap standard bahan api baharu dalam tempoh masa yang ditetapkan, menurut laporan daripada Gulf News.
Larangan tersebut dikeluarkan dalam surat edaran baru-baru ini oleh wakil ketua pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap dasar dan perundangan, berdasarkan Saudi Corporate Average Fuel Efficiency (CAFE) yang digubal pada 1 Januari 2016.
Undang-undang tersebut mensyaratkan kesemua kenderaan penumpang baharu dan terpakai, serta trak tugas ringan yang diimport atau dipasang dalam negara perlulah memenuhi standard bahan api baharu.
Menjelang tahun 2025, kereta baharu perlulah mempunyai tahap penggunaan bahan api sekurang-kurangnya 5.26 liter untuk setiap 100 km berbanding 8.33 liter/100 km yang digunakan pada masa kini.
Menurut rekod Kastam Arab Saudi, mereka menyaksikan peningkatan angka import pada tahun 2019, dengan jumlah kenderaan 628,135 unit bernilai kira-kira 8 billion riyal (RM8.78 billion) berbanding 482,948 unit (37 billion riyal) pada tahun 2018.
Namun, pada tahun 2018, kadar import kenderaan menurun kepada 440,992 unit berbanding 554,581 unit pada tahun 2017, di mana angka tersebut merupakan yang terendah dalam tempoh 14 tahun.
Sumber: Gulf News