Menurutnya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan 10 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) ke lokasi didapati sebuah kereta Mercedes EQB sedang terbakar dan kebakaran dipercayai berlaku ketika kenderaan tersebut sedang dicas.
Dari pemerhatian kami, pihak bomba mampu memadamkan api dengan pantas dan tidak menyebabkan kerosakan besar pada bangunan.
Ia mungkin bermakna kebakaran bukan berpunca dari bateri lithium ion.
SUMBER : Sinar Harian