Euro NCAP mahu kereta baharu ada butang dan tuil membelok FIZIKAL 2026!

oleh Mohamad Hanif|
Ujian penilaian keselamatan kenderaan baharu di Eropah, atau Euro NCAP merupakan antara ujian yang paling ketat dalam dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk melepasi ujian tersebut bukan mudah, namun dalam perkembangan terbaharu Euro NCAP bertegas mahu mahu menjadikan kereta-kereta baharu lebih selamat untuk digunakan atas jalan raya.

Caranya?

Dengan 'memaksa' pengeluar mengembalikan semula butang-butang kawalan fizikal di dalam ruang kabin.

 

HG

 

Menurut laporan The Times, jumlah markah penarafan keselamatan kenderaan baharu akan diturunkan sekiranya model yang diuji tidak mempunyai butang, tuil, atau dial fizikal bagi fungsi-fungsi seperti lampu isyarat membelok, lampu kecemasan, hon, penyeka kaca dan butang panggilan kecemasan (eCall).

Matthew Avery, pengarah pembangunan strategik Euro NCAP menjelaskan, "penggunaan skrin sentuh yang berlebihan merupakan satu masalah seluruh industri.

 

EV

 

"Hampir semua pengeluar kenderaan menggantikan butang kawalan fizikal dan mengalihkan fungsi tersebut ke dalam skrin sentuh, memaksa pemandu mengalihkan tumpuan dari jalan raya, dan meningkatkan risiko kemalangan.

Menurutnya lagi, peraturan baharu ini akan dikuatkuasakan pada tahun 2026.

Sumber: The Times

Berita Berkenaan

Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…
Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…
Berita Global
Omada 5, antara model baharu yang diperkenalkan Chery telah menerima pelbagai pengiktirafan di…