Enjin berkuasa hidrogen mungkin sesuai untuk SUV Land Cruiser - Toyota

oleh Mohamad Hanif|
Tidak terhad kepada model prototaip Hydrogen Hiace, Toyota juga sebenarnya berpendapat enjin pembakaran dalaman dengan suapan hidrogen juga sesuai digunakan pada model lain, seperti contoh SUV off-road Land Cruiser.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara itu disuarakan sendiri oleh presiden kilang hidrogen Toyota, Mitsumasa Yamagata dalam satu temubual bersama laman Drive AU baru-baru ini.

Jelasnya lagi, kelebihan yang ada pada teknologi enjin berkuasa hidrogen itu boleh digunakan pada kenderaan besar yang dikhususkan untuk menunda dan membawa muatan berat.
 

hiace


Toyota baru-baru ini memperlihatkan model prototaip minivan Hiace yang dilengkapi dengan enjin pembakaran dalaman berkuasa hidrogen.

Enjin 3.4 liter turbo berkembar bentangan V6 itu dikatakan hanya mampu menjana kuasa setinggi 161 hp dan 354 Nm, kurang bertenaga jika dibandingkan dengan talaan asal berkuasa 409 hp dan 650 Nm seperti yang wujud pada Land Cruiser 300 Series.

Sama seperti Mirai, Hydrogen Hiace juga turut menggunapakai tiga tangki simpanan hidrogen, namun hanya mampu menawarkan jarak gerak sejauh 200 km sahaja.

Baca: Toyota Hydrogen Hiace Prototype

Sumber: Drive AU

Berita Berkenaan

Berita Global
"Kami sedang mengusahakan generasi kelima untuk model sedan yang menggunakan tenaga hidrogen.…
Berita Global
Sudah semestinya hidrogen dilihat sebagai salah satu alternatif penjana kuasa yang dapat membantu…
Berita Global
Namun, bagi mereka yang memiliki pandangan yang tajam boleh membezakannya dengan melihat struktur…