Gambar kereta wanita tersebut yang kehilangan keempat-empat tayar tersebut telah menjadi viral di media sosial dan wanita tersebut telah pun membuat laporan polis pada semalam, Selasa (28 April) setelah jirannya memaklumkan kepadanya.
Ketua Polis Cawangan Seberang Prai Utara, Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa telah meletakkan kereta di luar rumahnya kerana tidak ada lagi ruang di dalam kawasan kediamannya.
"Mangsa turut mengatakan bahawa kereta mereka dilengkapi dengan sistem penggera tetapi tidak ada sensor pada bahagian tayar. Walaupun mereka mempunyai CCTV di depan rumah mereka dan kami telah memeriksa rakamannya, tetapi wajah suspek tidak jelas, ”katanya lagi.
"Kami berharap orang ramai berhati-hati dan pada masa kami ingin menasihati agar tidak menularkan berita sebegini di media sosial kerana akan menimbulkan kebimbangan," tambah Noorzainy lagi.
sumber: The Star