Ia juga seharusnya sangat berguna di dalam situasi melarikan diri daripada pihak berkuasa.
Namun situasi tersebut nampaknya tidak terpakai bagi sekumpulan penjenayah di Georgia.
Gwinnett County Police baru-baru ini berjaya menumpaskan cubaan mencuri konsol permainan yang cuba melarikan diri dalam sebuah Tesla Model X.
Recently, North Precinct officers responded to a theft call where they learned that two individuals had taken several gaming systems and fled the store in a Tesla. The officers broadcast the description to surrounding officers who located the individuals. Great work officers! pic.twitter.com/6WuORXsTQx
— Gwinnett County Police (@GwinnettPd) March 5, 2023
Menurut laporan, suspek ditahan ketika didapati cuba untuk mengecas kereta elektrik tersebut di lokasi tidak jauh dari kedai yang dirompak.
Pihak berkuasa berjaya menemukan beberapa konsol permainan yang telah dicuri.
Selepas menggeledah kereta suspek, polis turut menemukan beberapa pucuk pistol dan 0.9 kg dadah jenis ganja.
Secara teorinya, sebuah Tesla Model X boleh digunakan untuk melarikan diri dari pihak berkuasa, terima kasih kepada sistem trenkuasa motor elektrik berkembar yang boleh memecut sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j dan jarak gerak yang mampu mencecah 597 km.
Sumber: Fox 5 Atlanta