Program jaminan baharu itu terpakai untuk semua Kawasaki dan Modenas model penjenamaan semula daripada 250cc hingga model 1000cc yang didaftarkan bermula 1 Julai 2023.
Program jaminan tersebut akan datang sebagai piawaian standard kilang yang merangkumi:
- Jaminan setiap produk baharu bebas daripada kecacatan pembuatan untuk tempoh 24 bulan dari tarikh asal jualan oleh pengedar Kawasaki yang sah
- Terma dan syarat yang sama dikenakan kepada pemilik baharu tetapi ambil perhatian bahawa jaminan tamat dalam semua kes selepas tempoh tertentu dari tarikh jualan kepada pembeli asal
- Produk Kawasaki berprestasi terbaik dengan penyelenggaraan dan servis biasa, dan setiap model mempunyai jadual penyelenggaraan yang direka untuk memastikan ia beroperasi pada tahap prestasi optimumnya
Pemilik juga disyorkan supaya menghantar motosikal mereka untuk diservis oleh pengedar Kawasaki sah mengikut jadual servis yang diperincikan dalam manual pemilik.
Sebagai tambahan, perkhidmatan bantuan 24/7 juga akan disertakan dalam program jaminan baharu itu.
Jaminan baharu itu mempunyai terma dan syarat semasa yang sama seperti jaminan pengilang standard dan mesti kekal bersama motosikal apabila dijual atau dipindahkan kepada pemilik baru.
Untuk sebarang maklumat lanjut, pemilik atau pembeli baharu boleh layari laman web Kawasaki Malaysia atau hubungi mereka di talian 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135.