Recall: Ninja ZX-25R dipanggil semula oleh EMOS

oleh Firdaus Razani|
Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), dilaporkan panggil balik model Modenas Ninja ZX-25R berikutan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kempen panggil balik tersebut melibatkan penambahbaikan bahagian bawah kerangka seperti yang disarankan kepada semua pengedar Kawasaki seluruh dunia.

 

zx25r

 

Pemilik boleh berkunjung ke pengedar eksklusif Kawasaki (A dealer) seluruh Malaysia untuk proses pengubahsuaian yang dijangka mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit.

Sebelum melawat, pemilik perlu menghubungi wakil jualan Kawasaki berhampiran untuk tempahan slot dan proses pembaikan ditanggung sepenuh oleh Modenas dan EMOS Kawasaki.

zx25r

Pada 26 Januari lalu, Kawasaki Jepun ada melancarkan kempen panggil balik beberapa barisan model Ninja, iaitu Ninja ZX-25R, Ninja ZX-25R SE, Ninja ZX-4R SE dan Ninja ZX-4RR. 

Panggilan balik itu melibatkan isu kedudukan lubang saliran dalam rangka yang tidak betul sehingga menyukarkan air yang masuk untuk mengalir keluar semula daripada bahagian tersebut.

Oleh itu, Kawasaki Jepun akan menambah lubang saliran di bahagian bawah kiri dan kanan casis bagi mengelakkan air bertakung dalam rangka dan berisiko cat menggelupas akibat karat di sekeliling lubang saliran.

 

SUMBER : Motoqar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara itu disempurnakan oleh Pengarah Kawasaki Johor Bahru, Qbee Ng bersama Ketua Pegawai Eksekutif…
Pelancaran Motosikal
Sejak Modenas ZX-25R SE diperkenalkan di Malaysia pada September 2023 lalu, model ini terus…
Pelancaran Motosikal
Warna baharu yang diterima oleh Kawasaki Z900 ABS adalah warna Candy Persimmon Red/Ebony yang…