Ekzos 'pop & bang' kini tidak lagi halal di UK

oleh Mohamad Hanif|
Para pemilik kenderaan di UK kini perlu berjaga-jaga kerana sistem ekzos bising 'pop & bang' kini tidak lagi dibenarkan disisi undang-undang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan CAR Magazine, sebuah bengkel modifikasi di UK telah didenda kerana menjual barangan aftermarket yang tidak sah disisi undang-undang.

Agansi Driver and Vehicle Standards Agency (DVSA) mendakwa firma AET Motorsport telah mengiklankan sistem ekzos decat dan pemetaan semula ECU secara terbuka tanpa sebarang amaran tentang pengubahsuaian yang menyalahi undang-undang.

Modifikasi terhadap sistem ekzos dan ECU yang dibuat ke atas sebuah Ford Fiesta ST telah meningkatkan emisi bunyi kepada 77dB, atau 2dB melebihi had yang dibenarkan.
 

ekzos


Ini merupakan kes pertama yang dibawa ke mahkamah, di mana Mahkamah Majistret Kirkless telah menjatuhkan denda berjumlah £7,234 (RM42,688) kepada firma AET Motorsport.

Untuk makluman, pihak Department for Transport kini sedang menguji pelaksanaan kamera bunyi bising untuk mengesan mana-mana kenderaan melebihi had bunyi yang sah.

Sekiranya didapati bersalah, pihak polis boleh menyaman pemilik kenderaan sebanyak £50 (RM295) serta-merta.

Sumber: CAR Magazine

Berita Berkenaan

Berita Global
Jadi, bagaimana jika Ferrari mahu mengekalkan identiti ikonik supercar mereka dalam era kenderaan…
Berita Global
Selain daripada itu, ia masih lagi merupakan model yang tidak ditawarkan untuk pasaran Malaysia…
Berita Global
Walaupun adakalanya terpaksa membawa pulang kereta pandu uji (GR Supra seperti contoh) yang…