UK mungkin laksana sistem kamera bunyi bising - banteras modifikasi tidak ikut peraturan

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daripada kamera perangkap had laju kepada sistem pemantau yang diletakkan di laluan khas bas, kerajaan UK kini mempunyai satu lagi cara bagi 'mendidik' rakyatnya supaya berhemah di jalan raya. 

Terbaharu, Department for Transport UK sedang mengusulkan fasa ujian bagi pemasangan kamera bunyi bising (Noise Camera) di sesetengah lokasi dalam masa enam hingga tujuh bulan akan datang. 

Penggunaan sistem ini merangkumi pemasangan mikrofon khas bagi merakam bunyi bising yang dihasilkan oleh sistem ekzos, dan seterusnya gambar pesalah akan dirakam serta nombor pendaftarannya direkod. 

Menurut setiausaha jabatan tersebut, Chris Grayling berkata, langkah tersebut diambil bagi membantu pihak polis menangani masalah bunyi bising yang dihasilkan daripada modifikasi yang tidak menepati peraturan semasa. 
 


Walaubagaimanapun, peraturan ini tidak tertakluk kepada kereta semata-mata memandangkan motosikal juga mungkin tidak akan terlepas daripada dikenakan peraturan yang serupa. 

UK bukanlah negara pertama yang mengenakan peraturan sedemikian memandangkan sistem yang serupa turut dilaksanakan di USA.

Sementara itu, Kanada juga telah memulakan pengujian sistem kamera bunyi bising yang memaparkan angka desibel (dB) apabila sesebuah kenderaan melalui kamera tersebut, tahun lalu.

Namun, tindakan tersebut memakan diri sendiri setelah sesetengah pengguna didapati sengaja menguatkan bunyi bising ekzos berhampiran dengan lokasi kamera, sehingga menimbulkan bantahan daripada penduduk berhampiran.  
 


Sumber: CarThrottle