Syarikat automotif Korea Selatan itu sebelum ini berhadapan dengan pelbagai masalah semenjak diambil alih oleh Mahindra pada tahun 2010, dengan jumlah hutang sebanyak 60 billion won, dan kerugian kos operasi bernilai 238 billion won (Januari-September 2021) berdasarkan laporan Reuters.
Malah, SsangYong hanya berjaya menjual sebanyak 84,496 unit kenderaan pada tahun 2021, atau penurunan sebanyak 21 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.
Pada ketika ini, perancangan Edison Motors masih lagi kabur, namun syarikat yang sebelum ini membina bas elektrik itu mempunyai perancangan besar di dalam pasaran kenderaan ringan, dan mahu menjadi "Syarikat Apple di dalam industri kenderaan elektrik".
Sumber: Reuters