Laporan: SsangYong dibeli oleh Edison Motors, nilai $260 juta sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Nasib SsangYong berada dalam keadaan yang tidak menentu, di mana jenama itu sebelum ini telah memfailkan bankrap akibat gagal membayar pinjaman disebabkan prestasi perniagaan yang merosot akibat wabak COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Lebih menyedihkan, beberapa bulan sebelum itu pemilik SsangYong, Mahindra membuat keputusan untuk menghentikan suntikan dana terhadap jenama Korea Selatan itu demi kelangsungan perniagaan, juga disebabkan wabak COVID-19.

Disebabkan keengganan Mahindra menyuntik dana, SsangYong terpaksa mencari nyawa baharu dan berdasarkan laporan terbaharu daripada Nikkei, sebuah konsortium yang diketuai oleh syarikat dari Korea Selatan, Edison Motors telah dinamakan sebagai pembida pilihan.

Perolehan SsangYong oleh konsortium itu dianggarkan bernilai $260 juta, dan jika segalanya berjalan lancar, satu perjanjian antara kedua-dua belah pihak akan dimuktamadkan seawal bulan depan.

Menurut laporan berasingan daripada KoreaBizWire, terdapat tiga pihak yang melahirkan minat untuk mendapatkan SsangYong, termasuklah syarikat INDI EV dan konsortium yang diketuai oleh Electrical Life Business and Technology (EL B&T).

Difahamkan, proposal daripada pihak EL B&T telah ditolak disebabkan dokumentasi yang tidak lengkap.
 

Edison


Meskipun Edison Motors lebih dikenali sebagai pengeluar trak dan bas elektrik, jenama itu mempunyai cita-cita yang besar untuk memintas Tesla dan menjadi 'syarikat Apple' di dalam industri EV.

Malah, mereka juga merancang untuk memperkenalkan model Smart S dengan trenkuasa tiga motor elektrik menghasilkan 644 hp, pecutan 0-100 km/j kurang daripada 2.5 saat dan pek bateri 100 kWh untuk jarak operasi sejauh 800 km, semua ini bagi menyaingi Tesla Model S dan juga Mercedes-Benz EQS.

Tidak cukup dengan itu, Edison mahu memperkenalkan Smart E sebagai pesaing kepada Mercedes-Benz EQE, Smart A untuk melawan Chevrolet Bolt dan Tesla Model 3 dan juga crossover Smart X.

Selain daripada EV, Edison juga mahu menceburkan diri dalam pembuatan kapal layar elektrik, dron penghantaran barang serta tidak ketinggalan, kereta terbang.

Sumber: Nikkei, KoreaBizWire

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebahagian daripada langkah pembaharuan jenama itu ialah dengan mengemaskini penawaran model sedia…
Berita Global
Model konsep tersebut terdiri daripada sebuah trak pikap O100, SUV F100 serta crossover kompak KR10…
Berita Global
  Satu lagi fakta, nama SsangYong juga ditukar kepada KG Mobility. Di United Kingdom, SsangYong…