Edisi Terhad Lotus Exige Cup 430 Type 25: Penghargaan buat Lotus Type 25

oleh SALINA JALIL|
Anda ada tabung lebih untuk dipecahkan? Masanya kini tiba apabila pihak Lotus (sekali lagi) melancarkan edisi terhad Lotus Exige Cup 430 Type 25. Pihak Lotus mengeluarkan model ini sebagai satu penghargaan buat Lotus 25 yang digunakan oleh pemandu lagenda Jim Clark bagi memenangi kejuaraan F1 pada tahun 1963.

Kereta dengan penggayaan warna tradisi Racing Green Lotus ini bakal dikeluarkan dalam 25 unit terhad. Ia juga didatangkan dengan pilihan warna putih Old English.
Merdeka Bonanza

 

Namun, ada satu berita kurang menyenangkan. Lotus Exige Cup 430 Type 25 ini berharga $154,000 (RM595,980) mengikut pertukaran matawang semasa) dan terhad kepada pasaran Amerika sahaja.

 

lotus 2

 

 

Lotus edisi khas ini merupakan model penambahbaikan kepada Lotus Exige Cup 430 yang telah dihasilkan pada November 2017. Enjin bentangan V6 buatan Toyota dengan kuasa induksi paksaan supercharger dari Edelbrock ini menghasilkan 430hp dengan kuasa tork setinggi 440Nm sebelum disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual enam kelajuan.

 

Bakal pemilik Exige edisi khas ini juga akan diberikan pas masuk khas ke kilang pengeluaran Lotus di Hethel dan melawat fasiliti yang ada di sana termasuklah fasiliti Classic Team Lotus.

 

 

Setiap pembelian kereta tribut ini akan menerima sijil pengesahan pemilikan yang akan ditandatangani sendiri oleh CEO Lotus, Jean-Marc Gales dan juga sebuah buku berjudul Jim Clark: Tribute to a Champion.

                   

Sumber: Road and Track

Penulis: Muhamad Hanif

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Tempat beliau bakal digantikan oleh Feng Qingfeng, naib presiden dan ketua pegawai kewangan Geely…
Berita Global
  Model tercanggih Lotus yang berwarna Empire Green ini akan digunakan oleh Clive yang juga…
Berita Global
Hennessey sememangnya sudah ada satu supercar sebelum ini, Hennessey Venom GT (gambar di bawah)…