Pelatih akan menggunakan motosikal Yamaha YZ250F di atas flat-track dan kemudian menunggang Yamaha YZF-R3 di litar Misano.
Mereka juga akan menggunakan motosikal Yamaha YZ85 di litar gokart Misanino KCE.
Dua pelatih dari Malaysia ialah:
Nazirul Izzat Muhammad Bahauddin
Umur: 18 tahun (tahun lahir 2000)
Pencapaian
2018 - Tempat keenam dalam Kejuaraan Petronas AAM Malaysian Cubprix CP 115 (pusingan kelima)
2017 - Tempat kelima Petronas AAM Malaysian Cubprix CP 115
Turut serta dalam latihan ialah Shota Yokoyama, 16 tahun, dari Jepun dan Muhammad Faerozi Toreqottullah, 15 tahun dari Indonesia.
Latihan akan bermula pada 12 hingga 16 September ini.