DUA KALI LANGGAR KENDERAAN YANG SAMA, WAYMO PANGGIL SEMULA KERETA PANDU SENDIRI MEREKA

oleh Firdaus Razani|
Waymo, kereta pandu sendiri bawah syarikat induk Google, Alphabet baru-baru ini mengeluarkan panggilan balik untuk pengemaskinian perisian kereta pandu sendiri mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia berikutan dua kenderaan pandu sendiri mereka telah melanggar trak tunda yang sama selang beberapa minit ketika trak tunda tersebut menarik kenderaan lain di Phoenix, Arizona.

Menurut dari catatan blog Waymo, bahagian hadapan trak pikap yang ditunda itu sebahagiannya berada di lorong belok di sebelah lorong yang dipandu oleh trak tunda.

Kedua-dua kereta Waymo dikatakan tersalah jangka apa yang kamera kereta itu lihat dan disebabkan itu, ia tersalah ramal bagaimana trak itu akan bergerak.

 

waymo

 

Selepas kereta Waymo pertama melanggar pikap yang ditunda itu, trak tunda itu terus memandu, selang beberapa minit kemudian, kenderaan Waymo kedua terserempak dengan trak itu dan turut melanggar pikap.

Ketika kejadian itu berlaku, tiada penumpang atau pengendali dalam salah satu kenderaan Waymo tersebut, syarikat itu mengendalikan perkhidmatan panggilan tanpa pemandu di bandar itu.

Selepas meneliti apa yang berlaku, Waymo menukar perisian kenderaannya dan memasang perisian yang dikemas kini pada semua kenderaannya pada akhir Disember 2023 hingga awal Januari 2024.

 

waymo

Selepas perbincangan dengan NHTSA, Waymo memutuskan untuk memfailkan laporan penarikan balik yang dilakukan apabila syarikat membuat perubahan berkaitan keselamatan pada kenderaan di jalan raya.

Hal ini kerana, Waymo tidak menjual sebarang kenderaan kepada individu atau syarikat lain, kemas kini perisian terhad hanya kepada kumpulan Jaguar I-Paces pandu sendirinya.

Menurut Waymo,"Pemanggilan semula secara sukarela ini mencerminkan betapa seriusnya kami mengambil tanggungjawab kami untuk menggunakan teknologi kami dengan selamat.”

Tindakan Waymo itu susulan insiden tahun lalu yang berlaku di San Fracisco yang melibatkan Cruise, anak syarikat memandu sendiri General Motors.

Dalam kejadian itu, sebuah kenderaan Cruise melanggar pejalan kaki yang dilanggar oleh kereta lain dan kemudian, berikutan rempuhan itu, Cruise mengheret mangsa tersebut ke seberang jalan.

 

cruise

 

Pelbagai agensi negeri dan persekutuan mendapati bahawa Cruise tidak memberikan maklumat dalam kejadian itu, termasuk tidak menjelaskan bahawa orang itu telah diseret selepas dilanggar.

Oleh itu, Cruise telah kehilangan permit untuk menguji kenderaan di California kemudian secara sukarela menghentikan ujian di seluruh negara dan banyak eksekutif Cruise meninggalkan syarikat itu.

Cruise juga telah mengeluarkan panggilan balik untuk perisiannya dalam kes itu, walaubagaimanapun, sehingga kini, Cruise masih belum kembali mengendalikan kenderaannya.

 

SUMBER : CNNBussiness

Berita Berkenaan

Berita Global
Kerjasama ini bakal menyaksikan kepakaran Waymo dalam pembangunan perisian 'pemandu' yang…
Berita Global
Waymo yang dahulunya dikenali sebagai Google Self Driving Car Project sudah mula melancarkan projek…
Berita Global
Akhirnya dunia kenderaan tanpa pemandu akan bermula 2 April ini kerana California, sebuah negeri…