California benarkan kenderaan tanpa pemandu secara sah bermula 2 April

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki Legend Reborn

Akhirnya dunia kenderaan tanpa pemandu akan bermula 2 April ini kerana California, sebuah negeri terkenal di US telah meluluskan rang undang-undang yang membenarkan kenderaan beroperasi tanpa memerlukan seorang pemandu.

Jabatan Kenderaan Bermotor California mengesahkan pengumuman ini hari Isnin lalu dan bermula 2 April 2018, kenderaan roda empat seperti kereta tanpa pemandu manusia boleh menggunakan jalanraya awam.

Sebelum ini undang-undang memerlukan seorang manusia untuk duduk di kerusi pemandu, walaupun kenderaan itu boleh memandu sendiri.

Sudah pasti syarikat-syarikat saeperti Waymo dari Google, Uber dan lain-lain yang mahu melakukan operasi teksi autonomi akan memyorak riang.

Namun begitu, syarikat-syarikat perlu meminta permit untuk menggunakan kenderaan autonomi tersebit dan kenderaan itu perlu memiliki keupayaan untuk dipandu secara kawalan jauh melalui sambungan internet.

Pastinya sudah ada para hackers yang sudah terfikir untuk membuat rampasan kereta.

Sebenarnya, banyak isu-isu yang masih kabur dan samar tetapi kerajaan negeri California nampaknya mahu terus mencuba dan percaya jika tiada sesiapa yang mahu memulakannya, maka teknologi ini akan sentiasa berada di takuk lama.

Malaysia sepatutnya mengambil iktibar dari berita ini. Bukan untuk menghalalkan kenderaan autonomi tetapi pihak Kementerian Pengangkutan dan kuncu-kuncunya perlu mampu segera menggubal undang-undang baharu yang lebih relevan berkaitan penggunaan kenderaan, teknologi kenderaan dan sebagainya.

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Uber sudah mula menawarkan perkhidmatan kenderaan pandu sendiri atau kenderaan autonomi di…
Berita Global
Pembuat supercar dari Amerika Syarikat, Rezvani Motors melancarkan model terbaharu mereka – Beast…