Disebalik tabir pembangunan Huracan Sterrato – supercar untuk off-road

oleh Mohamad Hanif|
Lamborghini bakal melancarkan model berorientasikan off-road yang merangkap model berenjin pembakaran dalaman tulen terakhir pengeluar itu, iaitu Huracan Sterrato pada bulan depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut naib presiden permotoran Lamborghini, pembangunan Huracan Sterrato ‘rali’ ini sebenarnya bermula daripada sebuah jentera prototaip Huracan bernombor 53.
 

huracan


“Pasukan saya pada ketika itu menjadikan unit prototaip itu sebagai sebuah makmal bergerak, memasang kelengkapan untuk laluan off-road dengan jarak kelegaan tanah yang tinggi.

“Pertama kali saya mendapat peluang memandu model tersebut, saya serta-merta dapat merasakan betapa seronoknya model konsep super sports ini.
 

huracan


Lamborghini membangunkan Huracan Sterrato di Strada Bianca, kompleks ujian laluan off-road yang menampilkan litar berbentuk oval serta jalan khas off-road untuk kenderaan rali.

Rouven Mohr, ketua pegawai teknologi Lamborghini berkata, “Projek Sterrato merupakan salah satu projek yang dekat di hati saya.
 

sterrato


“Matlamat projek ini bukanlah untuk mencipta sebuah kenderaan off-road, akan tetapi sebuah kereta super sports yang sesuai untuk semua keadaan permukaan jalan.

“Jadi, kami telah membina sebuah prototaip yang hebat, mampu menawarkan pemanduan yang menyeronokkan di laluan off-road dengan tetapan rali yang sebenar.

Lebih banyak perincian bakal didedahkan menjelang pelancaran rasmi pada awal bulan Disember ini.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Perlumbaan LSTA tersebut menggunakan jentera Lamborghini sememangnya khas untuk perlumbaan atas…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar, berkata semakan mendapati…
Uncategorized
  Berapa kuasa? 620 ps dam 800Nm. Rendah daripada Urus S dan urus Performante namun tinggi jika…