“Kira-kira satu juta rakyat Kelantan dijangka pulang sempena cuti panjang perayaan itu selama seminggu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 16/2020 di Bukit Yong Pasir Puteh, hari ini.
Beliau berkata, jalan lain yang sering berlaku kemalangan biasa pula ialah Kota Baharu-Pasir Puteh; Kota Baharu-Pasir Mas; Kota Baharu-Kuala Krai dan Jalan Padang Garong-Jalan Mahmud.
Katanya, sebanyak 495 kemalangan membabitkan 11 kematian sepanjang sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu.
Hassanuddin berkata, seramai 100 anggota polis trafik akan mengawal lalu lintas secara berjadual setiap hari sepanjang operasi itu.
Beliau berkata, selain mengawal lalu lintas, polis juga akan memberi tumpuan terhadap jenayah pecah rumah apabila banyak rumah yang ditinggal kosong selepas penghuninya pulang ke kampung halaman masing-masing.
“Kita sangat berharap terutama penunggang motosikal lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya.
“Pastikan ciri keselamatan termasuk brek dan lampu isyarat berfungsi dengan baik terlebih dahulu sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.
Sumber: Bernama