Cukai jalan, nombor pendaftaran tidak sama, pemandu Bentley ditahan

oleh SALINA JALIL|
gambar dari JSPT
Pemandu kereta mewah jenis Bentley antara 18 individu ditahan menerusi Operasi Samseng Jalanan, Motosikal dan Pelbagai Kesalahan bermula 9 malam kelmarin hingga 4 pagi Ahad di ibu negara.


Sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mendapati kenderaan dipandu lelaki berusia 23 tahun itu mempamerkan cukai jalan dan nombor pendaftaran tidak sama.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Zulkafli Chek Lah, berkata kesalahan itu dikesan hasil operasi di sekitar pusat bandar, Jalan Tun Razak, Jalan Pahang, Jalan Raja Laut, Jalan Kuching dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 108(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita turut menahan seorang lelaki penunggang motosikal berusia 21 tahun atas kesalahan sama. Selain itu, 12 lelaki berusia antara 22 hingga 54 tahun ditahan mengikut Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya dalam kenyataan semalam.

 

Mengenai Operasi Samseng Jalanan, Zulkafli berkata, pihaknya menahan empat lelaki yang menunggang motosikal secara merbahaya dengan melakukan aksi zig-zag, roket dan superman, selain bersaing sesama sendiri.

 

Beliau berkata, suspek berusia 19 hingga 21 tahun itu dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

"Secara keseluruhan sebanyak 371 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 10 motosikal disita mengikut Seksyen 64 akta sama kerana mengubah suai ekzos.

 

"Motosikal disita akan diambil tindakan dan diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal," katanya.

 

Katanya, operasi berterusan akan dijalankan pada setiap hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

 

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
  Rangkaian kuasa itu juga akan menjadi paling dinamik, responsif dan sistem paling cekap dalam…
Berita Global
  Apex Edition diasaskan dari Bentayga S dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar. Pecutan dari…
Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…