Bentayga Apex Edition by Mulliner, 20 buah terhad, rim karbon!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bentayga Apex Edition by Mulliner
Bentayga Apex Edition by Mulliner
Usah terpedaya dengan bentuk berkotak Bentley Bentayga.

Model 3.0 liter V6 hibrid sebagai contoh menghasilkan 456 bhp dan tork 700Nm. Model 4.0 liter V8 turbo berkembar lebih bertenaga dengan 542 bhp dan tork 770Nm.

Membeli Bentayga lebih istimewa jika menempah dari Mulliner, bahagian pembuatan khas Bentley.

Kepada pelanggan yang mahukan edisi terhad, Bentley dan Mulliner menawarkan Bentayga Apex Edition. Jumlahnya? 20 buah sahaja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bentayga Apex Edition by Mulliner

 

Apex Edition diasaskan dari Bentayga S dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar.

Pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya perlu 4.5 saat dan kelajuan tertinggi mencecah 290 km/j. Boleh bayangkan muzik dari ekzos enjin V8!

Dari segi pengendalian model ini dilengkapi kawalan antigoleng aktif Bentley Dynamic Ride dan belokan roda belakang sebagai ciri asas.

Ciri dinamik diserlahkan lagi dengan rim karbon 22 inci Mulliner yang dibangunkan khas untuk Bentayga oleh Bucci Composites.

 

 Bentayga Apex Edition by Mulliner

 

Penggunaan karbon bermakna lebih ringan dan keempat-empat roda mengurangkan berat tak berpegas sebanyak 24 kilogram (kg).

Tidak hanya ringan, gentian karbon turut memberikan faedah lain seperti peningkatan kekuatan dan kekakuan dan beberapa lagi seperti berikut:

Peningkatan kelincahan stereng

  • Penjimatan 6 kg dan kekakuan tinggi gentian karbon bermakna platform stereng lebih stabil dan tekal
  • Sebagai perbandingan, rim aluminium tempa boleh menjejaskan kamber sehingga satu darjah disebabkan lenturan roda dan mengurangkan cengkaman dan kelincahan

Pembrekan lebih baik dan peka

  • Disumbang oleh pengurangan berat!

Lebih selamat

  • Apabila rim menerima atau terkena impak, jalinan gentian karbon akan terpisah dan terbuka dan angin keluar secara berperingkat berbanding kempisan serta-merta pada rim aluminium

Lebih lambat haus (botak!)

  • Rim karbon yang lebih tegar tidak terjejas dengan kadar lenturan yang sama, tayar lebih stabil serta sentuhan permukaan (contact patch) yang lebih konsisten hasil hubungan permukaan tayar lebih besar

Prestasi pembrekan turut dipertingkat hasil penggunaan cakera Carbon-Silicon-Carbide (CSiC) dengan penjimatan berat sebanyak 20 kg berbanding cakera besi.

Penggunaannya juga menawarkan daya kilas pembrekan maksimum 6,000Nm dan direka untuk tahan suhu sehingga 1,000 darjah Celcius.

 

Bentayga Apex Edition by Mulliner

 

Sebagai edisi terhad, Apex Edition dilengkapi perkakasan aerodinamik Styling Specification seperti spoiler depan dan belakang, skirt sisi dan perumah cermin sisi gentian karbon satin.

Bahagian dalam menggunakan panel papan pemuka, konsol tengah dan panel pintu gentian karbon satin. Lima tempat duduk dari Comfort Specification.

Pemandu dan penumpang dihiburkan sistem audio Naim for Bentley. Lagi ciri istimewa seperti tulisan Apex Edition panel pintu dan pelapik ambang pintu gentian karbon.

Logo gentian karbon Apex Edition juga ditampal pada tiang D. Dari segi keselamatan, Apex Edition dilengkapi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) terkini dari spesifikasi Touring.

 

Bentayga Apex Edition by Mulliner

 

Satu yang menarik mengenai Apex Edition ialah enam tema khusus dari Mulliner.

Tema pertama, merah

  • Warna badan Candy Red satin, grafik badan Anthracite dan riasan Arctic White
  • Balutan kulit Arctic White dan Hotspur, sulaman dan kun alur (piping) Arctic White
  • Gabungan berlawanan yang sama pada papan pemuka dan panel pintu

Tema kedua, gelap

  • Warna badan Anthracite, grafik hitam kilat dan riasan Mandarin
  • Balutan kulit Mandarin dan Beluga
  • Gabungan sama pada venir gentian karbon satin dan alas lantai

Tema ketiga, jingga

  • Warna badan Orange Flame dan warna sama untuk grafik kit badan gentian karbon
  • Balutan kulit Linen dan Newmarket Tan
  • Riasan Charcoal pada kerusi, stereng dan konsol tengah

Tema keempat, hijau

  • Warna dan grafik badan Alpine Green dan riasan jingga pada perkakasan aerodinamik
  • Balutan Portland dan Cumbrian Green
  • Riasan jingga pada kerusi, bucu venir, stereng dan konsol

Tema kelima, perak gelap

  • Warna badan Pale Brodgar, grafik Anthracite dan riasan Bacalar Bronze
  • Balutan Linen dan Porpoise
  • Riasan Bacalar Bronze pada kerusi, stereng dan konsol

Tema keenam, perak kilat

  • Warna badan Extreme Silver, grafik badan Beluga, riasan Signal Yellow
  • Dalaman Signal Yellow dan Beluga
 Bentayga Apex Edition by Mulliner

 

Khusus buat pemilik Continental GT dan GTC Le Mans Edition, Apex Edition boleh dipesan dengan grafik hijau Verdant yang sepadan dan grafik Moonbeam Le Mans.

Dalaman seperti Continental GT Le Mans Edition dengan balutan kulit Beluga dan fabrik Dinamica. Sulaman kerusi dan tali pinggang keledar dalam warna Hotspur.

Sulaman Hotspur juga digunakan pada stereng balutan kulit dan fabrik Dinamic.

Walaupun Apex Edition mempunyai enam tema berbeza, pelanggan Mulliner digalakkan untuk mengambilnya sebagai inspirasi dan meningkatkannya dengan citarasa sendiri.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 Bentayga Apex Edition by Mulliner