Chery Omoda E5 2024 dipertonton buat kali pertama di Malaysia, pelancaran Mac 2024

oleh Mohamad Hanif|
Chery Malaysia hari ini secara rasmi memperlihatkan model crossover elektrik Omoda E5 yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengikut spesifikasi, Chery Omoda E5 membawakan spesifikasi motor elektrik tunggal pacuan roda depan dengan kuasa 201 hp dan 340 Nm.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sepantas 7.8 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 170 km/j.

Pek bateri berkapasiti 61 kWh pula membenarkan jarak gerak sejauh 450 km untuk sekali cas penuh, selain menyokong pengecasan pantas DC 80 kW di mana pengecasan 20-80 peratus boleh dicapai dalam masa 35 minit.
 

chery


Bukan itu sahaja, kadar penggunaan tenaga Omoda E5 adalah sekitar 14.5 kWh untuk setiap 100 km.

Reka bentuk luaran Omoda E5 membawakan sedikit perbezaan jika dibandingkan dengan Omoda 5 versi petrol.

Antara kelainan yang dibawakan ialah rekaan jeriji hadapan yang kosong, rim rekaan aerodinamik, konsol tengah yang lebih ringkas, serta kehadiran ruang meletak barang yang lebih besar.

Difahamkan, Chery Omoda E5 2024 bakal ditawarkan dengan 16 ciri keselamatan dalam  sistem bantuan pemandu termaju (ADAS), termasuklah sistem pemantauan titik buta, amaran mengundur, brek kecemasan automatik dengan fungsi pengesanan pejalan kaki dan penunggang basikal.
 

chery


Untuk permulaan, Chery Omoda E5 yang bakal dilancarkan pada Mac tahun hadapan akan ditawarkan dalam unit import sepenuhnya (CBU).

Namun dalam laporan kami yang terdahulu, Chery sedang mempertimbangkan perancangan untuk memulakan program pemasangan tempatan (CKD) di Malaysia untuk barisan model baharu termasuklah model EV.

Nantikan perkembangan selanjutnya di Careta.my.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Mengenai spesifikasi, TIGGO 7 PRO dinadikan dengan enjin 1.6L turbo yang menghasilkan kuasa output…
Berita Domestik
Pusat pameran tersebut Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota…
Berita Domestik
Pelanggan turut berpeluang menikmati pakej eksklusif yang bernilai sehingga RM11,000 sekiranya…