Akan tetapi, bagi pemilik Ducati Supersport tahun buatan 2017 sehingga 2019, ia merupakan satu isu sehinggakan Ducati terpaksa memanggil kembali unit yang terjejas.
Sebab utama kempen panggil semula ini dijalankan adalah kerana gegaran yang dialami mampu mengakibatkan gangguan pada pandangan cermin sisi - satu perkara yang biasa dihadapi oleh penunggang motosikal kebanyakan.
Sebanyak 1,676 unit Ducati Supersport dipanggil semula di US dan di Kanada; dan Ducati akan menggantikan cermin sisi tersebut secara percuma tanpa menerangkan sebab musabab disebalik gegaran yang berlaku.