Bridgestone Potenza Sport - Tayar pilihan jentera sport untuk prestasi terbaik

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pada November 2021, Bridgestone Tyre Sales Malaysia telah memperkenalkan model perdananya dalam siri tayar Potenza, iaitu Potenza Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hadir sebagai tayar dalam kategori UHP, Potenza Sport direka dengan teknologi yang menonjolkan prestasi terbaik, terutama sekali kendalian di permukaan jalan basah.

 

2

 

Terbukti dengan prestasinya, Potenza Sport telah menjadi tayar OEM bagi beberapa model berprestasi tinggi dari jenama terkenal seperti Ferrari, Lamborghini, Maserati, Aston Martin dan banyak lagi.

Dipasarkan secara global, Potenza Sport menjadi tayar yang dibangunkan dan dihasilkan khusus di pasaran Eropah yang terkenal sebagai pusat kelahiran untuk pelbagai model supercar.

 

3

 

Bagi menguatkan lagi keyakinan pengguna kereta-kereta berprestasi tinggi, Bridgestone Tyre Sales Malaysia baru-baru ini telah mengadakan Bridgestone POTENZA Sport Driving Experience.

Pihak media dan pengedar diberi peluang untuk menguji prestari tayar itu dari beberapa aspek penting, di mana pengalaman pemanduan itu membolehkan pemandu untuk menguji dan menonjolkan keupayaan dinamik Potenza Sport.

 

4

 

Antara beberapa siri ujian yang dilakukan ialah ujian slalom, ujian selekoh basah, ujian brek di jalan kering dan di jalan basah.

Melalui beberapa siri ujian yang dilakukan itu, Potenza Sport berjaya menampilkan prestasi di selekoh yang amat baik dengan cengkaman terbaik pada garis lurus.

 

5

 

Teknologi pada tayar itu membolehkan pemandu mengawal kereta dengan baik sama ada dalam keadaan basah ataupun kering tanpa perlu merisaukan keluaran kuasa yang disalurkan dari enjin, transmisi, gandar dan seterusnya pada tayar.
 
Prestasi itu dioptimumkan dari formula kompaun dengan teknologi yang inovatif sekaligus membantu meningkatkan pengendalian di permukaan basah dan kering.

 

7

 

Teknologi itu turut memaksimumkan kestabilan pada kelajuan tinggi, peningkatan tindak balas stereng yang pantas dan mengoptimumkan rintangan bergolek.

Hadir sebagai tayar OEM untuk pelbagai model berprestasi tinggi, tayar Bridgestone Potenza Sport ditawarkan dengan saiz 18 hingga 22 inci, di mana harga berada dalam lingkungan RM800 hingga RM2,000.

 

8

 

Bagi mereka yang mementingkan kepuasan memandu dan merasai had keupayaan kereta, Potenza Sport semestinya model tayar yang harus dipertimbangkan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai pengedar dan tayar Bridgestone Potenza Sport, layari laman web Bridgestone Tyre Malaysia.

 

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Ia merupakan kali keempat dan tahun ketiga berturut-turut untuk pasukan yang dibekalkan dengan…