Bridgestone BATTLAX bantu pasukan YART Yamaha Official EWC Team menangi kejuaraan

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bridgestone Corporation baru-baru mengumumkan bahawa tayar jenamanya telah membantu pasukan YART Yamaha Official EWC Team untuk memenangi gelaran juara perlumbaan ketahanan motosikal, iaitu FIM Endurance World Championship 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan kali keempat dan tahun ketiga berturut-turut untuk pasukan yang dibekalkan dengan Bridgestone BATTLAX, memenangi gelaran juara EWC.

Sejak 2017, Bridgestone telah menyokong pasukan yang mengambil bahagian dalam siri EWC  dengan bekalan penuh tayar jenama BATTLAX.

 

2

 

Bagi yang pernah merasainya, BATTLAX sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang menginginkan cengkaman tinggi, ketahanan dan pengendalian terbaik.

Pasukan YART Yamaha Official EWC Team, salah satu daripada tiga pasukan yang disokong oleh Bridgestone berjaya pamerkan prestasi konsisten sepanjang musim perlumbaan.

Untuk tahun 2023, penunggang pasukan YART Yamaha Official EWC Team diwakili oleh Karel Hanika, Niccolò Canepa dan Marvin Fritz.

 

3

 

Pasukan itu terus mengambil bahagian dalam perlumbaan ketahanan Bol d'Or 24 jam, yang berlangsung di Perancis pada 16 hingga 17 September yang merupakan perlumbaan terakhir siri tersebut.

Pusingan terakhir itu menyaksikan satu lagi pasukan yang disokong Bridgestone, iaitu Yoshimura SERT Motul memperoleh tempat pertama, manakala YART Yamaha Official EWC Team peroleh tempat keempat dan memenangi gelaran juara EWC 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…
Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 program sukan permotoran, Bridgestone menghidupkan…
Model Terbaharu
Generasi baharu tayar ini melambangkan kepakaran selama 20 tahun yang dimiliki oleh Bridgestone…